Sabtu, 25 Julai 2009

Musim Penataran 2

Setelah berhempas pulas menyiapkan projek masing-masing, akhirnya musim penataran ke dua pun menjelang... Ada yang siap sempurna, ada yang ter semput-semput menyiapkannya. Itulah lumrah yang di hadapi saban tahun, melayan kerenah pelajar-pelajar RC sekolah.

Kami bercadang untuk memuatkan semua gambar produk pelajar ke laman web RC sekolah. Ada sebahagian akan kami videokan demonstrasi ujian parameter prototaip mereka kerana kami rasa sangat rugi jika tak berbuat demikian. Projek mereka wajar dipatenkan... kerana sangat inovatif dan berpotensi untuk dipasarkan...

Bagaimana pun, kami ucapkan syabas kepada yang berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya dan tahniah juga yang berjaya mendapat markah yang tinggi...

Jangan lupa, SPM bertulis (Kertas 1) on the way...

Ahad, 14 Jun 2009

Bulan Penataran Kerja Kursus

Kita sudah melangkau setengah bulan Jun. Macam mana projek??? Pelajar dah siapkan ke??? Sepatutnya dah lebih 98% siap sebab kena hantar pada 1 Julai kan? Tapi macam biasalah, pelajar kita sering buat kerja di saat akhir. Kita sebagai guru kenalah selalu mengingatkan mereka agar segera siapkan kerja. Kalau tidak, kita yang susah nanti...

Bagi yang tingkatan 4 pula, tak boleh rileks sekarang... Sebab tema dah sampai... Sepatutnya anda dah mula mencari dan membuat penyataan masalah sekarang...

GOOD LUCK

Isnin, 13 April 2009

Makluman

Kami telah membina laman web baru untuk Panitia RC. Semua maklumat dan bahan yang ingin di download boleh didapati di sana.

Sudi-sudikanlah berkunjung ke laman kami...